Hak Cipta Cakera_padat

Spesifikasi audio Buku Merah tidak merangkumi apa-apa mekanisme perlindungan salin yang serius, kecuali sedikit mengenai 'anti-salin' dalam subkod. Mulai awal tahun 2002, syarikat rakaman banyak kali cuba memasarkan CD bukan standard "dilindung salin" yang tidak boleh disalin ke dalam cakera keras atau mudah ditukar ke format MP3. Satu kelemahan cakera-cakera khas ini ialah kebanyakannya tidak boleh dimainkan dalam cakera CD-ROM komputer, serta juga beberapa pemain CD tunggal yang menggunakan mekanisme CD-ROM. Philips telah menyatakan bahawa cakera-cakera ini tidak dibenarkan berlogo Compact Disc Digital Audio yang ditanda dagang kerana melanggar spesifikasi Buku Merah. Lebihan pula, timbulnya juga bantahan awam terhadap cakera dilindung salin kerana ramai yang memandangnya sebagai ancaman kepada penggunaan sesuai. Berbilang sistem perlindungan salin telah diatasi oleh perisian yang mudah didapati dan selalunya percuma.